Saturday 20 February 2016
Wednesday 17 February 2016
Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini juga dikenali sebagai ‘budaya ikram’. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri. Sayangnya, kehidupan dalam suasana pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, faham-memahami, hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena inilah merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang dihidangkan oleh media massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah, murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan setiap lapisan individu dalam masyarakat.Sebelum bisul menjadi nanah, setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.
WARGA EMAS
Dalam mana-mana komposisi penduduk,satu daripada
komponennya ialah warga tua.Lazimnya, warga tua dianggap sebagai individu yang
berumur 55 tahun ke atas.
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP WARGA EMAS
Didikan awal
Kanak-kanak haruslah dididik dari awal tentang kasi
saying penghormatan yang semestinya diberikan kepada ibubapa yang telah
tua.Golongan muda hendaklah juga menyedari tentang tanggungjawab mererka kepada
golongan ini.Dengan adanyas kesedaran ini, golongan muda tidak akan cuba lari
dari tanggungjawab tersebut dan RUMAH WARGA TUA tidak akan mengalami
kesesakan.Selain daripada kasih saying dan perhatian yang ditunjukan oleh ahli
keluarga,penghormatan terhadap warga tua hendaklah ditunjukan juda oleh majikan
dan agensi-agensi berkenaan.
Perana Kerjaan
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat penyayang,pihak majikan dan agensi-agensi berkenaan telah disertu
agar mengatur program untuk memenui
objektif tersebut.Pelbagai program dapat dilaksanakan di RUMAH WARGA
TUA,antaranya seperti mengadakan HARI WARGA TUA, pertunjukan pentas dan program
lawatan berterusan oleh ahli-ahli sukarelawan dari Politeknik,Maktap,Universiti
dan Institusi lain.Program seperti ini akan dapat menonjolkan bahawa warga tua
masih diingat,dihormati dan disayangi.
Perana Pihak Swasta
Pelbagai badan kebajikan dan NGO telah mengatur
untuk mengenang budi warga tua.Sebagai contoh,pesara biasanya diraikan dalam
satu majlis yang menonjolkan sumbangan mereke.Selain itu, cenderamatan khas
turut disampaikan.Terhadap juga pesara yang diberi sijil dan pingat cemerlang
untuk memperingati jasa dan khidmat baikanya.Sesetengah badan swata juga
menawarkan tambang istimewa untuk warga tua,seperti syarikat Sistem Penerbangan
Malaysia (MAS)yang hanya mengenakan taambang separuh harga untuk warga tua.
Begitu juga strikat bas dan keretapi tang turut berbuat demikian.Kestimewaan-keistimewaan
seperti ini akan menunjukan kepada warga tua bahawa mereka itu penting dan
seharusnya dilayan dengan istimewa.
ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
Orang kurang upaya (OKU)merujuk kepada individi yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari daslam komuniti.OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategorio mengikut kekurangan yang dialaminya seperti
(a)kecacatan perkembagan (terencat akal)
(b) cacat anggorta
(c) cacat penglihatan
(d) cacat pendengaran, € cacat pembelajaran (learning disabilities)
(f) autism
(g) bisu dan seumpa MANYA.
Mereka memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari.Misalnya, orang yang cacat penglihatan,perlu kepada kemahiran membaca dan menulis Brallie sebelum mereka boleh menggunakan kemahiran itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari.Begitu juga, orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh menggunakannya untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Keistimewaan
dan kemudahan kepada Golongan Orang Kurang Upaya
Kemudahan
pengangkutan awam
Jabatan sentiasa menggalakan syarikat-syarikat pengangkutan
supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat
beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan
kurangu paya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga
50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi
sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL
memberikonsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada
golongan kurang upaya.
Pengecualian
bayaran rawatan perubatan
Orang kurang upaya dikecualikan daripada membuat bayaran
rawatan di hospital termasuk bayaran wad
kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
Pengecualian
bayaran dokumen perjalanan
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran keatas perkhidmatan
menyedia dan memproses dokumen perjalanan ( Passport Antarabangsa) kepada golongan
kurang upaya.
Kemudahan
peluang pekerjaan
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada
golongan kurang upaya terbukti melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouto 1% peluang
pekerjaan di sector swasta, Jawatakuasa Penggalakan
Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990. Di
bawah Jabatan Buruh Semananjung Malaysia
telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang
merupakan satu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan,
pertubuhanmajikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta
orang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya
bekerja di sektor swasta. Bagi orang kurang upaya ,mereka boleh membuat pendaftaran
di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah.
Kemudahan
membeli kereta dan motorsikal nasional
Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak
50% keatas pembelian kereta atau motorsikal
nasional bagi orang kurang upaya
yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan
memandu.
Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu,
setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-
·
Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya
·
Kad Pengenalan
·
Lesen Memandu yang sah
·
Maklumat Kenderaan – Model , No.Enjin,
No. Chasis dll
Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak
berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat
pihak kedua (Ibubapa/ isteri ) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap
permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:
·
Lesen memandu –pihak kedua
·
Kad Pengenalan – pihak kedua
·
Maklumat yang menyokong hubungan antara
penama dan pihak kedua
·
Kad Pengenalan
·
Kad Pengenalan OKU
·
Maklumat Kenderaan-Model, No. Enjin, No.
Chasis dll.
Kemudahan
alat ganti orang kurang upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai
jualan ke atas semua peralatan yang direka khas untuk kegunaan orang kurang
upaya.
Pencen
terbitan
Kerajaan melalui JPA menyadiakan pencen terbitan
kepada anak / tanggungan penjawat awan yang meninggal dunia.
Kemudahan
mendapat latihan danpemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program
latihan kepada kanak – kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan
kemahiran dan pemulihan diri di Institusi – institusi jabatan . Buat masa ini
perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan hanya kepada kanak – kanak kategori
kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran )sahaja.
Kemudahan
geran pelancaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan
kurang upaya yang berpendapatan kecih atau yang ingin menjalankan perniagaan
kecih dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM
2,000.
Sumbangan kepada program – program OKU
Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan
darapada sektor swasta / korporat untuk memainkan perana yang lebih besar dan
positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk
menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar
Kebajikan Masyarakat Negara.
Kemudahan
telekom
Syarikat Telekom Malaysia telah menyediaka insentif
/ kenudahan kepada golongan orang kurang
upaya seperti berikut:
·
Bayaran sewa bulanan di kecualikan
kepada golongan kurang upaya.
·
Panggilan 103 (operator ) tidak
dikenakan sebarang caj.
·
Menyediakan panggilan menunggu atau
panggilan pindahan secara percuma .
Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dank e atas
mereka layak memohon menggunakan
maklumat senndiri dan bagi mereka berumur 18
tahun dank e bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga
mengikut syarat – syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.
Takaful Malaysia Berhad
·
Kemalangan
·
Kematian – urusan pengkebumian
·
Kailatan Kekal (kurang upaya /
disability ) akibat penyakit
·
Kailatan Kekal akibat kemalangan
·
Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat
kemalangan
Syarat – syarat permohonan :
·
Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat
Kesimpulannya Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang. Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan kasih sayang yang bermaksud, “ Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri”.Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan matlamat ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Tokoh pujangga yang bernama Ahmad Shauqi Bey berkata, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap”. Diharapkan pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 dengan mudahnya.
Jiran
tetangga
Maksud
jiran tetangga
Kejiranan didefinisikan
sebagai hubungan erat di kaangan masyarakat yang hidup berbaik-baik,bertoak
ansur,toong menolong dan bekerjasama
dengan jiran tetangga.Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah
kita.Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana
harmoni dan aman sesamamereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha
membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah.
Peranan
individu terhadap jiran
I.
Bantuan
ketiga kecemasan
Jiran
adalah orang yang paing hamper dengan tempat tingga kita.Segala perkara ke
atasdiri kita,ahli keluarga,harta benda dan sebagainya terebih dahulu diketahui
oleh jiran.Kerana itu,jiran adalah orang yang dekat untuk meminta pertolongan
pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran,kecurian,kemalangan
dan kematian.Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara.
II.
Menjaga
keharmonian masyarakat
Segala
perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat
kerjasama,prihatin dan kesatuan sesame jiran.Gejala-gejala social seperti
bersekedudukan berhalwat,mendera anak, lari dari rumah,bohsia,bohjan dan banyak
lagi dapat dibendung jika jiran
memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak
berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara-perkara ganjil dan
meraguan.pepatah’jangan jaga tepi kain orang” peru diuah untuk memastikan
keharmonian masyarakatvkita,memandangkan pelbagaiisu social yang wujud
pada hari ini.
III.
Menjaga
kebajikan penduduk setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara
sama lain sudah tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada
kebajikan masyarakat setempat.Pelbagai jawatankuasa boeh diwujudkan seperti
menubuhkan jawatankuasa pembangunan insan remaja.Maka pelbagai aktiviti dapat
disusun bagi memenui keperuan dan kebajikan golongan remaja seperti kem
motivasi dan program jati diri.Program ini dapat dijayakan jika wujud
persefahaman dan persepakatan yang mantap sesame jiran
IV.
Semangat
integrasi nasional
Perpaduan antara
kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan neggara kita.Bagi memastikan
perpaduan dan kemakmuran ini kekal,ianya perlu dimulai dengan hubungan baik
sesame jiran.Jiran yang baik adalah jiran yang Berjaya memupuk semangat
toeransi,percaya mempercayai dan perkongsian pendapatan antara mereka.
V.
Amalan
bertegur sapa
Amaan bertegur sapa sesame jiran adalah titik permulan terjalinnya
hubungan yang erat dan mesra.Membiasakan diri bertanya khabardan kesihatan diri
serta anak-anak jiran dapat menghubungkan kepada amalan bertukar-tukar
pandangan dan berkongsi pengalaman sesame jiran.Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang menjadi
syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.
VI.
Menghulurkan
bantuan
Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita sanggup
mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran
pada masa yang diperlukan.Pengorbana seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupahkan
oeh sesiapapun,aptahagi jiran yang terdekat.Semakin kerap kita menoong
jiran,semakin kuat ikatan kejiranan kita.
VII.
Semangat
bergotong royong
Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan
perumahan,masjid,baairaya,membaiki rumah atau jambatan akibat banjir,rbut dan
kebakaran sememanganya dapat memupuk dan menyemai semangat kejiranan.
Subscribe to:
Posts (Atom)