Wednesday 17 February 2016

Jiran tetangga

Maksud jiran tetangga
Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kaangan masyarakat yang hidup berbaik-baik,bertoak ansur,toong menolong  dan bekerjasama dengan jiran tetangga.Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesamamereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah.


Peranan individu terhadap jiran

                        I.            Bantuan ketiga kecemasan
       Jiran adalah orang yang paing hamper dengan tempat tingga kita.Segala perkara ke atasdiri kita,ahli keluarga,harta benda dan sebagainya terebih dahulu diketahui oleh jiran.Kerana itu,jiran adalah orang yang dekat untuk meminta pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran,kecurian,kemalangan dan kematian.Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara.


                     II.            Menjaga keharmonian masyarakat
         Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat  dapat dicegah dengan semangat kerjasama,prihatin dan kesatuan sesame jiran.Gejala-gejala social seperti bersekedudukan berhalwat,mendera anak, lari dari rumah,bohsia,bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran  memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara-perkara ganjil dan meraguan.pepatah’jangan jaga tepi kain orang” peru diuah untuk memastikan keharmonian masyarakatvkita,memandangkan pelbagaiisu social yang wujud pada  hari ini.


                  III.            Menjaga kebajikan penduduk setempat
          Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara sama lain sudah tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.Pelbagai jawatankuasa boeh diwujudkan seperti menubuhkan jawatankuasa pembangunan insan remaja.Maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenui keperuan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi dan program jati diri.Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan persepakatan yang mantap sesame jiran


                  IV.            Semangat integrasi nasional
         Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan neggara kita.Bagi memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal,ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesame jiran.Jiran yang baik adalah jiran yang Berjaya memupuk semangat toeransi,percaya mempercayai dan perkongsian pendapatan antara mereka.

                     V.            Amalan bertegur sapa
          Amaan bertegur sapa sesame jiran adalah titik permulan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra.Membiasakan diri bertanya khabardan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menghubungkan kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesame jiran.Amalan bertegur  sapa perlu dilakukan oleh setiap orang menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.



                  VI.            Menghulurkan bantuan
        Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa yang diperlukan.Pengorbana seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupahkan oeh sesiapapun,aptahagi jiran yang terdekat.Semakin kerap kita menoong jiran,semakin kuat ikatan kejiranan kita.

               VII.            Semangat bergotong royong


       Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan perumahan,masjid,baairaya,membaiki rumah atau jambatan akibat banjir,rbut dan kebakaran sememanganya dapat memupuk dan menyemai semangat kejiranan.

No comments:

Post a Comment