Wednesday 17 February 2016



Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini juga dikenali sebagai ‘budaya ikram’. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri.  Sayangnya, kehidupan dalam suasana pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, faham-memahami, hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena inilah merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang dihidangkan oleh media massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah, murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan setiap lapisan individu dalam masyarakat.Sebelum bisul menjadi nanah, setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.


WARGA EMAS

Dalam mana-mana komposisi penduduk,satu daripada komponennya ialah warga tua.Lazimnya, warga tua dianggap sebagai individu yang berumur 55 tahun ke atas.


TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP WARGA EMAS

Didikan awal

Kanak-kanak haruslah dididik dari awal tentang kasi saying penghormatan yang semestinya diberikan kepada ibubapa yang telah tua.Golongan muda hendaklah juga menyedari tentang tanggungjawab mererka kepada golongan ini.Dengan adanyas kesedaran ini, golongan muda tidak akan cuba lari dari tanggungjawab tersebut dan RUMAH WARGA TUA tidak akan mengalami kesesakan.Selain daripada kasih saying dan perhatian yang ditunjukan oleh ahli keluarga,penghormatan terhadap warga tua hendaklah ditunjukan juda oleh majikan dan agensi-agensi berkenaan.

Perana Kerjaan

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang,pihak majikan dan agensi-agensi berkenaan telah disertu agar mengatur program untuk  memenui objektif tersebut.Pelbagai program dapat dilaksanakan di RUMAH WARGA TUA,antaranya seperti mengadakan HARI WARGA TUA, pertunjukan pentas dan program lawatan berterusan oleh ahli-ahli sukarelawan dari Politeknik,Maktap,Universiti dan Institusi lain.Program seperti ini akan dapat menonjolkan bahawa warga tua masih diingat,dihormati dan disayangi.

Perana Pihak Swasta


Pelbagai badan kebajikan dan NGO telah mengatur untuk mengenang budi warga tua.Sebagai contoh,pesara biasanya diraikan dalam satu majlis yang menonjolkan sumbangan mereke.Selain itu, cenderamatan khas turut disampaikan.Terhadap juga pesara yang diberi sijil dan pingat cemerlang untuk memperingati jasa dan khidmat baikanya.Sesetengah badan swata juga menawarkan tambang istimewa untuk warga tua,seperti syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)yang hanya mengenakan taambang separuh harga untuk warga tua. Begitu juga strikat bas dan keretapi tang turut berbuat demikian.Kestimewaan-keistimewaan seperti ini akan menunjukan kepada warga tua bahawa mereka itu penting dan seharusnya dilayan dengan istimewa.  




ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)


Orang kurang upaya (OKU)merujuk kepada individi yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari daslam komuniti.OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategorio mengikut kekurangan yang dialaminya seperti
 (a)kecacatan perkembagan (terencat akal)
 (b) cacat anggorta
(c) cacat penglihatan
(d) cacat pendengaran, € cacat pembelajaran (learning disabilities)
(f) autism
(g) bisu dan seumpa MANYA.

           Mereka memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari.Misalnya, orang yang cacat penglihatan,perlu kepada kemahiran membaca dan menulis Brallie sebelum mereka boleh menggunakan kemahiran itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari.Begitu juga, orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh menggunakannya untuk berkomunikasi dengan orang lain.


Keistimewaan dan kemudahan kepada Golongan Orang Kurang Upaya



Kemudahan pengangkutan awam

Jabatan sentiasa menggalakan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurangu paya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberikonsesi 50% daripada harga tambang dan  PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Pengecualian bayaran rawatan perubatan

Orang kurang upaya dikecualikan daripada membuat bayaran rawatan di hospital termasuk  bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

Pengecualian bayaran dokumen perjalanan

Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran keatas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan ( Passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

Kemudahan peluang pekerjaan

Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Perkeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988  yang telah dikeluarkan dimana kouto 1% peluang pekerjaan di sector swasta,  Jawatakuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990. Di bawah Jabatan Buruh Semananjung  Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan satu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhanmajikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta. Bagi orang kurang upaya ,mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah.




Kemudahan membeli kereta dan motorsikal nasional

Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% keatas pembelian kereta atau motorsikal
 nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak  berkeupayaan memandu.
Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-

·         Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya

·         Kad Pengenalan

·         Lesen Memandu yang sah

·         Maklumat Kenderaan – Model , No.Enjin, No. Chasis dll

Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat pihak kedua (Ibubapa/ isteri ) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:

·         Lesen memandu –pihak kedua

·         Kad Pengenalan – pihak kedua

·         Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua

·         Kad Pengenalan


·         Kad Pengenalan OKU

·         Maklumat Kenderaan-Model, No. Enjin, No. Chasis dll.

Kemudahan alat ganti orang kurang upaya

Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan yang direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

Pencen terbitan

Kerajaan melalui JPA menyadiakan pencen terbitan kepada anak / tanggungan penjawat awan yang meninggal dunia.

Kemudahan mendapat latihan danpemulihan

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak – kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi – institusi jabatan . Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan hanya kepada kanak – kanak kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran )sahaja.


Kemudahan geran pelancaran

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecih atau yang ingin menjalankan perniagaan kecih dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM 2,000.

Sumbangan kepada program – program OKU

Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan darapada sektor swasta / korporat untuk memainkan perana yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.

Kemudahan telekom

Syarikat Telekom Malaysia telah menyediaka insentif / kenudahan kepada  golongan orang kurang upaya seperti berikut:

·         Bayaran sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.

·         Panggilan 103 (operator ) tidak dikenakan sebarang caj.

·         Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma .

Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dank e atas mereka layak memohon menggunakan 
maklumat senndiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dank e bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat – syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.

Takaful Malaysia Berhad

·         Kemalangan

·         Kematian – urusan pengkebumian

·         Kailatan Kekal (kurang upaya / disability ) akibat penyakit

·         Kailatan Kekal akibat kemalangan

·         Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan

Syarat – syarat permohonan :
·         Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat 

 

 Kesimpulannya Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.  Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan kasih sayang yang bermaksud, “ Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri”.Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil  inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi  merealisasikan pembentukan masyarakat  penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan matlamat ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.  Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat  kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Tokoh pujangga yang bernama Ahmad Shauqi Bey berkata, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap”. Diharapkan pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 dengan mudahnya.

No comments:

Post a Comment